Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Rencana Kosmo

Tenaga skala Menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci, perunding perubatan FusionExcel, Dr. Amir Farid Isahak yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan moden dan tradisonal memberitahu, loket tenaga kuantum keluaran syarikat FusionExcel sebenarnya mempunyai nilai perubatan alternatif. Katanya, loket tenaga berkenaan boleh diibaratkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif menggunakan tenaga skala yang mirip kepada tenaga hayat perubatan alternatif seperti tenaga daripada amalan Qigong (Guolin, Xiangong dan Shaolin Qigong) dan kundalini Yoga. Ujarnya, tenaga skala mirip seperti tenaga hayat kerana bertindak balas dengan badan dengan menggerakkan biologi tubuh. “Tenaga skala boleh diibaratkan sebagai tenaga alternatif seperti akupuntur yang dikesan oleh sains perubatan moden yang mampu memulihkan penyakit seseorang. “Namun ia tidak diterima oleh perubatan moden kerana hanya menggunakan batu daripada lava gunung berapi,” katanya. Ujarnya l